Assalamualaikum WBT. Blog ini ditubuhkan untuk mengumpulkan barang-barang perkahwinan terpakai. Majlis perkahwinan cuma sekali seumur hidup. Pasti pengantin mempunyai barang sendiri yang hanya digunakan sekali atau beberapa kali. Marilah kita mewakafkan barang-barang yang masih boleh digunakan agar dapat membantu bakal pengantin yang lain yang lebih memerlukan. Hanya Allah dapat membalas budi baik semua yang mewakafkan barang. Semoga majlis perkahwinan pengantin yang menggunakan barang wakaf ini berlangsung dengan jayanya. :)
Untuk mewakafkan barang, boleh pm facebook ini. Saya tidak online 24jam. Harap bersabar menunggu reply daripada saya. Untuk respon yang lebih cepat, boleh whatsapp 0145068598 - Aini.
Untuk menggunakan barang wakaf, anda boleh nyatakan tarikh anda dan kod barang ke facebook ini atau whatsapp 0145068598 - Aini.
TIADA BAYARAN akan dikenakan. Tetapi, sekiranya tuan punya barang ingin mengenakan caj postage, itu merupakan hak mereka.
Konsep yang digunakan ialah FIRST COME FIRST SERVE. Anda boleh rujuk senarai nama anda yang telah confirm di ruangan tepi blog ini *currently unavailable*. SILA MAKLUM sekiranya anda ingin membatalkan penggunaan barang wakaf seawal yang mungkin bagi memberi peluang kepada orang lain menggunakan barang tersebut.
Mengapa bayar lebih untuk dapatkan majlis impian? Gunakan barang wakaf untuk menjimatkan perbelanjaan anda.
SELAMAT MEWAKAFKAN BARANG DAN MENGGUNAKAN BARANG WAKAF.
No comments:
Post a Comment